Lawatan sehari ke Antakya, Turki

Jika anda berada di Syria dan ingin menziarahi bandar Antakya Turki dalam tempoh sehari sahaja, berikut ialah maklumat yang boleh membantu anda.

1. Bas bergerak pada waktu malam dari Dimasyq (iaitu dari Kharajat Bullman Harasta). Bas bertolak pada jam 10.30 malam (sebaik-baiknya berada di Kharaj Bullman jam 8.30 malam). Harga tiket 300 Lira Syria. Antara syarikat bas yang ada Ozhan, Jet, Gunsas dan Has. Anda boleh menaiki bas Dawwar Janubi atau Service Dawwar Shamali untuk ke Kharaj Bullman. Jika anda menyewa Teksi dari Baramkeh, Bayaran sekitar 100-150 dikenakan.

2. Tiba di Antakya sekitar jam 4 hingga 5 pagi. Bergantung kepada urusan di sempadan negara Syria dan Turki. Apabila sampai di Otogar (Steyen Bas) Antakya, Tukar duit ke Matawang Turki terlebih dahulu dari 2-3 pengurup wang 'black market' yang berkeliaran di sekitar Otogar.

3. Otogar ke bandar Antakya sekitar 10km. Jangan naik Teksi. Ia akan membebankan bajet anda. Harga Tambang Teksi 10 Lira Turki. Untuk jimat anda perlu bayar 1 Lira Turki sahaja dengan menaiki bas mini awam dari otogar ke bandar Antakya. Bas akan mula berada bersebelahan otogar (ditepi jalan luar) sekitar jam 7-8 pagi. Tiba di bandar Antakya anda boleh menziarahi Makam Habibinajar, Makam Nabi Yunus a.s dan Makam Nabi Harun a.s yang berdekatan dengan perhentian bas mini berdekatan Ulu Camii Antakya. 1km sahaja dari perhentian bas mini tersebut. Tanya penduduk Antakya di mana Habibinajjar Camii.

4. Anda perlu sampai semula ke Otogar Turki sebelum Jam 11.30 pagi. Ini adalah kerana waktu tersebut merupakan bas terakhir untuk anda kembali ke negara Syria. Jika tidak, anda terpaksalah bermalam di Antakya kerana tiada lagi bas selepas 11.30 pagi untuk ke Syria (Dimasyq atau Halab). Tambang bas dari Antakya ke Dimasyq 10 Lira Turki. Naik bas mini dari perhentian bas berdekatan Ulu Camii untuk kembali semula ke Otogar. Sila naik bus No.17 atau mana-mana bus bertulis Otogar pada papan tandanya.

5. Saya menasihatkan anda supaya tidak mengambil syarikat bas JET dari Antakya ke Dimasyq. Kekadang ia amat menyusahkan pelancong asing di sempadan negara Turki. Pengalaman penulis 2 kali ditinggalkan oleh syarikat bas tersebut di sempadan Syria.

6. Di Antakya anda tidak perlu tukar duit ke Matawang Turki dengan nilai yang banyak. Cukuplah sekadar mencukupi 3-4 jam anda berada Antakya. Duit yang perlu ada di Antakya adalah seperti berikut :

Tambang Bas Mini Otogar ke Bandar Antakya dan Kembali ke Otogar : 2 YTL
Makanan (Roti), Air Mineral : 5 YTL
Tandas (Sekali Masuk 50 Kurush) - Katakan 2x : 1 YTL
Tambang Bas Antakya ke Dimasyq : 10 YTL

So, ada perlu tukar sekitar USD 20 sahaja. USD 1 bersamaan 1.3 Lira Turki. Itupun baki ditangan masih ada sekitar 8 Lira untuk kegunaan lain.

Have a nice day.