Bas Syria ke Istanbul

Saudara Atiyah,

Terdapat bas dari Syria terus ke Istanbul. Bas boleh di ambil dari Kharaj Bullman Harasta dengan bayaran SYP 1600. Pelajar boleh mencuba dapatkan harga sehingga SYP 1400. Waktu bertolak dari Kharaj Bullman Harasta ialah pada jam 10.30 (musim panas) dan kekadang berubah pada jam 11.00-11.30 pada musim sejuk [setiap hari]. Tiada bas lain selain dari waktu tersebut. Oleh itu, sekitar jam 9.00 malam anda perlu berada di Kharaj Bullman agar tidak terlepas bas.

Bas akan bergerak menuju Homs, Hama, Idlib dan tiba di Bab Hawa-Cilvegozu (sempadan Syria-Turki) sekitar jam 2.00-3.00 pagi. Bas akan tiba di Antakya sekitar jam 4.30-5.00 pagi.

Di Antakya anda perlu menunggu sehingga jam 10.00 pagi untuk bas bergerak ke Istanbul. Setelah tiba di Otogar (Stesyen Bas) Antakya, anda terus ke kaunter syarikat bas yang di ambil dari Damsyiq untuk mendapatkan tiket baru dan no seat untuk ke Istanbul.

Anda akan tiba di Ortogar Istanbul sekitar 4.00-5.00 pagi keesokan harinya. (Perjalanan sekitar 20 jam).

Naiki Metro dari Ortogar ke Aksaray dan dari Aksaray ambil Tram untuk ke lokasi-lokasi menarik di Istanbul.

Bajet Murah Menjelajah Kota Petra

Kerajaan Jordan mengenakan bayaran yang tinggi untuk masuk ke kota Petra. Sekarang sudah JD 23. Sesahihnya para pelancong sangup membayar harga yang tinggi untuk tempat yang 'hebat' seperti Petra. Tambahan purata setiap tahun pelancong yang hadir sekitar 400,000. Apa lagi, inilah peluang kerajaan Jordan mengaut keuntungan dari industri pelancongan mereka.

Namun untuk rakyat Jordan, mereka yang mempunyai visa tahunan Jordan termasuk pelajar hanya dikenakan bayaran JD 1. Masih selamat.

Untuk para pelajar di sini saya berikan beberapa tips untuk bajet belanja termurah untuk menjelajah Petra.

1. Mereka yang datang dari Amman. Boleh mengambil coaster dari Mujammak Janubi di Wehdat, Amman ke Wadi Mousa. Tambang Coaster JD 3.000.

2. Mereka yang datang dari Karak. Boleh mengambil coaster ke Ma'an dari Mujammak Bassat Ma'an/Tofilah di Karak. Tambang dikenakan JD 1.600. Kemudian dari Ma'an ambil coaster ke Wadi Mousa. Tambang 700 Fils.

Kedua-dua coaster dari Amman dan coaster dari Ma'an ke Wadi Mousa akan berhenti di Duwwar (bulatan) di tengah-tengah pekan Wadi Mousa. Ia merupakan perhentian terakhir. Anda turun di situ.

3. Sebaiknya untuk mengembara di Petra, anda bermalam di pekan Wadi Mousa dan mulakan pengembaraan keesokkan paginya.

4. Hotel murah di Petra. Cari hotel yang murah di Petra. Cadangan saya ialah: Hotel Sabaa terletak berhadapan duwwar di tengah pekan Wadi Mousa. Untuk musim panas bayaran dikenakan JD3 sekepala dan musim sejuk JD 3.750. Biasanya taukey hotel akan letak harga permulaan JD5. Minta kurang dan beritahu padanya kawan aku pernah tinggal di Hotel ini JD3 sahaja. Pandai2lah anda 'berbahasa'. Selain itu terdapat hotel Valentine Inn terletak 1km dari bulatan pekan Wadi Mousa ke arah kanan. Taukey hotel ini dari Qabilah Tweisi..untuk meminta kurang harga bilik anda mengaku sahaja anda dari Qabilah Tweisi (proses membodek) dan harga biasa yang dia akan beri JD 4 untuk seorang.

5. Keesokan pagi, anda boleh menaiki teksi dari pekan wadi Mousa ke Visitor Centre Petra. Tambang 750 Fils. Beli tiket dengan menunjukkan kad matriks pelajar (JD 1 sahaja) dan mulakan pengembaraan seawal pagi hingga ke petang. Anda tidak dibenarkan bermalam di dalam kota Petra. Keluar sebelum malam dan berehatlah di hotel dan mulakan perjalanan anda semula esok harinya.

6. Perempuan tidak digalakkan bersendirian di Petra kerana banyak terdapat kes gangguan seksual di lobi hotel.

7. untuk pulang semula ke Amman dan Karak. Pastikan anda bertolak sebelum Zohor dari Wadi Mousa. Mereka yang mahu ke Karak perlu berada di Ma'an sebelum waktu Zohor untuk memastikan coaster masih ada di Mujammak Ma'an untuk ke Karak. Bagi mereka yang mahu ke Amman, sekiranya tiada coaster ke Amman, anda dinasihatkan pergi dahulu ke Mujammak Ma'an dan dari itu terdapat banyak bas dan coaster menuju ke Amman. Tambang JD 2.400.

8. Lengkapkan diri anda dengan maklumat lokasi petra. Peta yang paling utama (boleh diambil di visitor centre secara percuma).

9. Selamat mengembara dan utamakan 'maruah' diri serta agama dan keselamatan.

Amman ke Dead Sea

Kebiasaan student atau pelancong yang tiba di Jordan rata-rata menyewa van, bas atau coaster untuk ke Laut Mati. Jika pergi berkumpulan ini tidak menjadi topik perbincangan kerana ia adalah terbaik untuk menjimatkan kos. Jika anda berseorangan atau berdua sudah tentu 'lari' bajet untuk menyewa van, bas atau coaster. So, anda dicadangkan menaiki bas awam untuk ke Laut Mati. Maklumat perjalanan seperti berikut:

1. Bas/coaster awam boleh dinaiki dari bandar Amman ke kawasan berdekatan Laut Mati. Anda boleh menaiki bas tersebut dari Mujammak Muhajirin yang terletak di berdekatan balad Amman.

2. Bagaimana cara ke Mujammak Muhajirin?
Jika anda dari Abdali.
Sila ambil Service Abdali ke Mujammak Janubi. Beritahu pada pemandu yang anda mahu berhenti di Mujammak Muhajirin (250 Fils)

Jika anda dari Wasatul Balad (Downtown Amman)
Ambil Service dari Balad ke Mujammak Muhajirin. Service terletak di Shariq Sagaf Sil berhadapan Hotel Asia. (150Fils)

Jika anda dari Mujammak Mahatta.
Ambil bas yang bertulis MAHATTA. Kebiasaanya berwarna kuning. (200Fils). Bas akan berhenti di Mujammak Muhajirin.

3. Sebaiknya mulakan perjalanan anda di awal pagi ke Laut Mati dari Amman.

4. Di Mujammak Muhajirin terdapat bas ke Laut Mati. Anda boleh lihat tertulis di badan bas atau coaster AMMAN-RAMA-SUWEIMAH-BAHRUL MAYYIT atau ada sesetengah bas/coaster bertulis AMMAN-RAMA-SUWEIMAH sahaja. Bilangan bas adalah sedikit dan tidak kerap. Tambang 800 Fils. Perhentian terakhir bas adalah di Suweimah. Sebuah kampung yang berdekatan dengan Laut Mati. Dari kampung tersebut anda perlu menyewa pick-up atau teksi atau van/kereta sapu untuk ke pesisiran Laut Mati. Caj yang dikenakan antara 5-8 Jordan Dinar. Gunakan kemahiran tawar menawar anda. Jika ada tidak fasih bercakap arab, ia mungkin menimbulkan sedikit masalah.

5. Pastikan anda tiba semula di Suweimah sebelum waktu asar. Bas/coaster dari Suweimah ke Amman amatlah jarang perjalanannya ketika waktu petang. Jika terlepas mungkin anda membazirkan wang ke Amman kerana perlu menyewa Teksi.

6. Perempuan dinasihatkan berteman.

Lawatan sehari ke Antakya, Turki

Jika anda berada di Syria dan ingin menziarahi bandar Antakya Turki dalam tempoh sehari sahaja, berikut ialah maklumat yang boleh membantu anda.

1. Bas bergerak pada waktu malam dari Dimasyq (iaitu dari Kharajat Bullman Harasta). Bas bertolak pada jam 10.30 malam (sebaik-baiknya berada di Kharaj Bullman jam 8.30 malam). Harga tiket 300 Lira Syria. Antara syarikat bas yang ada Ozhan, Jet, Gunsas dan Has. Anda boleh menaiki bas Dawwar Janubi atau Service Dawwar Shamali untuk ke Kharaj Bullman. Jika anda menyewa Teksi dari Baramkeh, Bayaran sekitar 100-150 dikenakan.

2. Tiba di Antakya sekitar jam 4 hingga 5 pagi. Bergantung kepada urusan di sempadan negara Syria dan Turki. Apabila sampai di Otogar (Steyen Bas) Antakya, Tukar duit ke Matawang Turki terlebih dahulu dari 2-3 pengurup wang 'black market' yang berkeliaran di sekitar Otogar.

3. Otogar ke bandar Antakya sekitar 10km. Jangan naik Teksi. Ia akan membebankan bajet anda. Harga Tambang Teksi 10 Lira Turki. Untuk jimat anda perlu bayar 1 Lira Turki sahaja dengan menaiki bas mini awam dari otogar ke bandar Antakya. Bas akan mula berada bersebelahan otogar (ditepi jalan luar) sekitar jam 7-8 pagi. Tiba di bandar Antakya anda boleh menziarahi Makam Habibinajar, Makam Nabi Yunus a.s dan Makam Nabi Harun a.s yang berdekatan dengan perhentian bas mini berdekatan Ulu Camii Antakya. 1km sahaja dari perhentian bas mini tersebut. Tanya penduduk Antakya di mana Habibinajjar Camii.

4. Anda perlu sampai semula ke Otogar Turki sebelum Jam 11.30 pagi. Ini adalah kerana waktu tersebut merupakan bas terakhir untuk anda kembali ke negara Syria. Jika tidak, anda terpaksalah bermalam di Antakya kerana tiada lagi bas selepas 11.30 pagi untuk ke Syria (Dimasyq atau Halab). Tambang bas dari Antakya ke Dimasyq 10 Lira Turki. Naik bas mini dari perhentian bas berdekatan Ulu Camii untuk kembali semula ke Otogar. Sila naik bus No.17 atau mana-mana bus bertulis Otogar pada papan tandanya.

5. Saya menasihatkan anda supaya tidak mengambil syarikat bas JET dari Antakya ke Dimasyq. Kekadang ia amat menyusahkan pelancong asing di sempadan negara Turki. Pengalaman penulis 2 kali ditinggalkan oleh syarikat bas tersebut di sempadan Syria.

6. Di Antakya anda tidak perlu tukar duit ke Matawang Turki dengan nilai yang banyak. Cukuplah sekadar mencukupi 3-4 jam anda berada Antakya. Duit yang perlu ada di Antakya adalah seperti berikut :

Tambang Bas Mini Otogar ke Bandar Antakya dan Kembali ke Otogar : 2 YTL
Makanan (Roti), Air Mineral : 5 YTL
Tandas (Sekali Masuk 50 Kurush) - Katakan 2x : 1 YTL
Tambang Bas Antakya ke Dimasyq : 10 YTL

So, ada perlu tukar sekitar USD 20 sahaja. USD 1 bersamaan 1.3 Lira Turki. Itupun baki ditangan masih ada sekitar 8 Lira untuk kegunaan lain.

Have a nice day.